Jul 12, 2009

Empayar Laman Sesawang Milik Eriyza



Tidak lama lagi Yahoo akan menutup salah satu servis perkhidmatannya iaitu Geocities. Ianya akan ditutup berkuatkuasa pada 26 Oktober 2009, iaitu kira-kira 3 bulan dari saat topik ini ditulis. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Cik Eriyza pernah mempunyai beberapa buah laman web sebelum blog ini mengambil tempat di hati penulis.


Penulis membina laman sesawang pertama pada tahun 1999. Ketika itu penulis menulis tentang sesuatu berunsur Islam tetapi telah penulis padamkan secara tidak sengaja. Sedih betul.

Seterusnya penulis membina pula laman sesawang bertemakan drama Korea yang tengah meletup ditayangkan di TV3 ketika itu. Laman sesawang yang dibina pada tahun 2000 itu menggabungkan 2 drama kegemaran penulis iaitu Winter Sonata dan The Successful Story of a Bright Girl. Namun, ianya tidak dapat dikemaskini lagi kerana penulis sudah terlupa kata nama dan kata laluannya.



Selain itu, penulis juga ada membuat laman sesawang berbentuk peribadi tetapi ianya tidak dikemaskini kerana penulis membuatnya sekadar untuk suka² sahaja.



Penulis juga membuat laman sesawang berbentuk sastera untuk meluahkan perasaan jiwang berlumut penulis tetapi ia juga menerima nasib seperti laman sesawang penulis yang lain dan diabaikan juga.



Ini pula laman sesawang penulis yang agak popular tetapi tidak penulis hoskan di Geocities sebaliknya penulis memilih Freewebs sebagai rumahnya. Sewaktu penulis membuat laman sesawang ini, band Peterpan sedang ngetop di Indonesia dan Malaysia.



Ada beberapa buah lagi laman sesawang pernah penulis buat tetapi telah dipadamkan. Terima kasih kepada anda kerana sudi menjelajah ke semua laman sesawang milik penulis. Penulis belum pasti sama ada hendak memindahkan laman² sesawang itu ke rumah baru atau membiarkan sahaja ianya dipadamkan dengan meninggalkan kenangan terindah. Sesungguhnya penulis suka menulis dan akan terus menulis selagi diizinkanNya. InsyaAllah.

Nota : Besar kemungkinan ada mukasurat (pages) dan pautan (link) di dalam laman² sesawang di atas sudah tidak dapat digunakan lagi.

19 Comment

unknown Sun Jul 12, 01:10:00 PM

byknya blog yg kak eriyza ada
hehe

Pozi ABB Sun Jul 12, 01:13:00 PM

wow!!! banyaknyer......sesetengah org ada duit banyak, setengah yg lain ada banyak akaun, ada juga yg rumah, kete, dan harta bende banyak...tak kurang juga yg ada banyak bini. tapi kawan kita ni, lain sikit...ADA BANYAK SESAWANG! congratz!!!

Eriyza Sun Jul 12, 01:18:00 PM

KhairiL's : Blog yg ngetop 2 jer.

poziabb : Hobi membina laman sesawang agaknya.

adi Sun Jul 12, 02:50:00 PM

salam eryza..

sayangkan kalau ia dipadamkan buat selama-lamanya.. tapi tak pe.. kalau ko rajin . ko sedut ajer mana mana website yang ko dah buat . .guna wget.exe pun ok gok.

wget -r -l0 http://www.geocities.com/eriyza/

pastu . ko register kat www.110mb.com .. bubuh dalam tu.heheh.


* aku pun ada website kat geocities.. tapi dalam kenangan la..
http://web.archive.org/web/*/http://hardyweb.cjb.net

Eriyza Sun Jul 12, 03:02:00 PM

adi : Sayang laa gok sbb susah nak wat tp lagu mana nak guna wget.exe tuh??

adi Sun Jul 12, 03:38:00 PM

1.download http://users.ugent.be/~bpuype/cgi-bin/fetch.pl?dl=wget/wget.exe

2.Simpan dalam satu eg: c:\wget

3.masuk command line .. Start->Run-> Cmd

4.c:\Docoument and Setting\eryza\>cd \ [enter]

5.c:\>cd wget

6.c:\>wget>wget -r -l0 http://www.geocities.com/eriyza/

adi Sun Jul 12, 03:46:00 PM

ops.. sori kalau ada masalah access denied..
ko letakkan saja kat desktop.

c:\document and setting\eryza\Desktop\Wget\

adi Sun Jul 12, 03:54:00 PM

skrg aku tengah sedut file dari geocities ko.
http://img528.imageshack.us/img528/1293/eryza.jpg

ini adalah folder file yang berjaya aku sedut.. semua skali termasuk file mp3 dsb.

http://img189.imageshack.us/img189/3086/eryza2.jpg

Eriyza Sun Jul 12, 04:05:00 PM

adi : Cam rumit jak. Nanti nk cuba wat. Apa tujuannya seme fail tuh awk sedut??

adi Sun Jul 12, 04:35:00 PM

Ok..cam gini, bukan saya yang sedut.. tetapi wget yang sedut semua file yang berkaitan. ia di mulai dengan index.htm, dan segala item yang ada bersangkutan dengan index.htm seperti link , gambar dsb akan turut disedut dan ditempatkan dalam folder yang sewajarnya. semua automatik . so awak biarkan ajer wget jalankan tugasnya.

* proses ini boleh disebut sebagai offline reading atau backup website.. [ static html ajer boleh buat]. jadi semua file yang disedut, boleh dibuka secara offline dengan mengekalkan semua item seperti imej, css, javascript. dsb.

kalau nak upload ke hosting baru. kena adjust link dia bersesuaian dengan url hosting baru..

Luth Textile Sun Jul 12, 04:45:00 PM

blog sy pon nt ntahla cam mana..

www.geocities.com/mohdluthfisuib huhuhu

Anarm Sun Jul 12, 05:38:00 PM

byknyee labah-labah die.. hehe.. ops

@LiYaNNuaR ツ Sun Jul 12, 07:54:00 PM

wahhh... sgt kagums...

Eriyza Mon Jul 13, 10:22:00 AM

adi : Okey, sy paham.

Luth Textile : Web awak pun terabai cam web sy. :p

Anarm : Byk sawang dlm laman sesawang. Hehehe!!! ;))

@LiYaNNuaR : Tq eh. :)

iEn Tue Jul 14, 12:12:00 AM

ya.. akan ditutup xlama lagi.. very sad.

Eriyza Tue Jul 14, 10:02:00 AM

iEn : Aha, sedeh laa gak.

adi Tue Jul 14, 02:41:00 PM

amber guna 110mb.com . tapi stakat nih amber test php dengan css ajer. javascript dok tau bleh dok. nanti amber test jquery..

http://hardyweb.110mb.com/tenux
[kandang tenux ]

masalah hosting nih , kalau nak pakai ftp, kena bayor. nak pakai mysql pun kena bayar. jadi terpaksa la guna file manager yang diberikan.. heheh benda free . tak kisah sgt pun . yang best tak dok popup iklan.

iEn Wed Jul 15, 07:16:00 PM

sedih ade, marah pun ade haha..

Amoi Thu Jul 16, 01:46:00 PM

ngatkan 360 je tutp...dgn geocities pun nak tutup T.T.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.