15 Ogos menjelang lagi, hari ini hari lahir seorang insan yang besar jasanya di dalam kehidupan penulis dan ahli keluarga yang lain. Beruntungnya penulis kerana berpeluang menjadi anak kepada seorang lelaki yang sehebat ayahanda. Di ruangan ini ingin penulis nukilkan tentang perihal lelaki yang menjadi sumber inspirasi penulis.
Beberapa perkara istimewa tentang ayahanda penulis.
- Bapak handal bermain gitar malah pernah mempunyai bandnya sendiri sewaktu muda. Paling mengujakan, bapak pernah mengiringi persembahan P. Ramlee dan Saloma.
- Bapak tahu memasak. Hampir semua pelanggan kami menggemari makanan hasil air tangan bapak. Hidangannya yang paling popular ialah mee goreng lidi dan nasi goreng, sebab itulah layak digelar Chef Wan.
- Bapak pandai mengambil hati isteri. Dia selalu memberi barang buat arwah ummi. Antara barang² yang selalu bapak beli untuk arwah ummi ialah makanan, pakaian, tudung dan juga selipar.
- Bapak suka memakai pakaian yang tertib walaupun tidak mahal. Pakaiannya sering bersesuaian dengan majlis yang akan dihadiri. Bapak selalu memastikan dirinya segak dengan memotong pendek rambutnya dan mencukur misainya.
- Bapak selalu bercucuk tanam. Sekeliling kediaman kami dipenuhi dengan pokok cili, mangga, nangka, durian belanda, kelapa, misai kucing dan pelbagai lagi pokok herba. Apabila buah²an itu masak, dia akan menjualnya separuh dan sebahagian lagi akan diberikan kepada saudara-mara dan jiran tetangga. Anak²nya tidak menggemari buah²an.
- Bapak sering menjadi bilal di surau berhampiran kediaman kami. Kadangkala dia akan mengimamkan solat berjemaah. Setiap kali bulan puasa, bapak akan menjadi bilal untuk solat terawikh di surau itu.
- Bapak bersikap tegas. Dia jarang mengizinkan kami adik-beradik keluar bersosial bersama teman² tanpa sebarang tujuan yang kukuh. Kami juga dilarang ke mana² tanpa muhrim bersama. Biasanya kami sekeluarga akan keluarga bersama².
- Bapak penyayang. Dia akan segera mencari kami jika kelibat kami tidak kelihatan di matanya. Jika penulis pulang lewat dari kelas, dia akan menyuruh adinda penulis menelefon. Pernah suatu ketika, penulis tidak pulang dari sekolah kerana ada kelas tambahan, tidak semena-mena bapak muncul di sekolah kerana bimbangkan penulis. Ohhh, terharunya.
- Bapak kerap menjadi ketua di dalam rombongan meminang atau perkahwinan. Bapak sering menjadi orang penting di dalam majlis sedemikian. Kepetahannya berbicara sambil berpantun dikagumi ramai. Cuma, sehingga ke hari ini belum ada lagi majlis seumpama itu untuk anak²nya sendiri. Sedihkan??
- Bapak mengaji setiap hari untuk dihadiahkan kepada arwah ummi. Jika dia tidak sihat, bacaan akan dihentikan seketika. Selepas itu, bacaannya akan disambung semula. Sesungguhnya arwah ummi begitu bertuah kerana dijodohkan dengan bapak yang setia mengasihinya meskipun mereka sudah terpisah jauh.
Jika hendak disenaraikan semua perkara tentang bapak, tidak akan habis sehari semalam untuk menaipnya. Penulis bukanlah seorang anak yang baik, kadangkala berdebat juga dengan bapak tentang sesuatu perkara. Tetapi penulis juga boleh menjadi pendengar setia terhadap setiap luahan hatinya meskipun penulis bukanlah anak yang paling disayanginya. Walau apa pun, penulis menyayangi bapak sepenuh hati. Semoga Allah melindungi dan memakbulkan semua hajat bapak. Amin.
3 Comment
Alhamdulillah.. slmt hari lahir untuk ayah ms eriyza.. :)
selamat selamat selamat...
epy bufday..
ZelL ThE gReaT ! ™ : Terima kasih.
H.R PuTeRa YuSoFF : Terima kasih.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.