Aug 13, 2009
Novel : Ratu Hatiku
Novel ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yatim piatu yang tinggal bersama pakciknya. Oleh kerana kemiskinan, pakciknya telah menyuruhnya keluar dari rumah kerana tidak mampu menanggungnya lagi. Gadis malang itu membawa diri ke kota metropolitan yang menemukan dia dengan Amir. Di dalam keenakan membuai rasa, bekas tunangnya iaitu Hairie yang juga merangkap bos Amir mahu berkahwin dengannya kerana rasa cinta yang masih membara.
Si gadis, Norazirawati tersepit antara kekasih dan bekas tunang yang mengharapkan cintanya. Ternyata antara keduanya, dia hanya boleh memilih seorang untuk dijadikan teman hidup. Adakah Norazirawati memilih Amir lalu mengenepikan Hairie?? Anda kena membacanya sendiri untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Bagi penulis novel ini biasa sahaja. Banyak juga benda yang boleh dipersoalkan terutama tentang si gadis yang mengganggur kemudiannya diwasiatkan kedai perabot oleh Tauke Lim kepadanya. Entah kenapa tidak ditawarkan sahaja pekerjaan kepada Norazirawati di dalam babak pertemuan mereka?? Terselit juga kesalahan peribahasa iaitu "Ambil yang keruh dan buang yang jernih". Mungkin pengarangnya tidak menyemak semula bahagian itu.
Sinopsis :
Tidak mudah untuk aku lemparkan kisah silam ini. Kerana di dalamnya ada cerita sedih yang menyentuh perasaan. Rasa kesal yang bukan sedikit... yang tidak pernah surut-surut malah terus membukit. Namun untuk menebusnya, aku rasa berdosa kerana terpaksa merampas dirimu daripada lelaki lain. Lelaki yang selama ini aku sangkakan tidak menyimpan perasaan padamu. Lelaki yang telah aku luahkan seluruh perasaan tentang cinta dan impianku untuk hidup bersamamu. Sedangkan aku tidak sedar sebenarnya... impian dan cintaku telah menghancurlumatkan hatinya. Kekasih... biarlah aku undur diri demi memberi peluang untuk kau mengecap bahagia bersama kekasih yang kau puja... kekasih yang kau sayang, yang terlebih dahulu mencurahkan rasa cintanya padamu. Jangan ada rasa bersalah padaku... kerana aku ikhlas melepaskan apa yang aku sayang demi sebuah pengorbanan.
Judul : Ratu Hatiku
Penulis : Azlini Hassan
Penerbit : Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Milik : Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Penilaian : 2/5
Date :
Thursday, August 13, 2009
Tags :
Novel
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.