Oct 22, 2009

AutoFill Dalam Microsoft Excel



Okey, hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tips mengenai Microsoft Excel. Bagi anda yang mahir menggunakan MS Excel, topik ini terlalu remeh temeh buat anda tetapi amat berbaloi untuk dibaca oleh sesiapa yang belum tahu akan fungsi memasukkan data secara automatik. Apa tunggu lagi?? Jomlah masuk kelas.


1. Buka Microsoft Excel 2003 anda.

2. Pada kolum A tulis Bulan manakala pada kolum B tulis Bilangan. Di bawah Bulan isikan pula
1/1/2009 dan di bawah Bilangan isikan 100.

3. Anda highlightkan 1/1/2009 dan 100 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.

Ini adalah kaedah pertama untuk membentuk autofill yang berturutan seperti bulan dari Januari hingga Disember manakala bilangannya pula hanya bertambah 1 untuk setiap bulan.

Seterusnya kita buat pula autofill untuk tarikh yang berturutan di dalam sebulan. Penulis memilih bulan 1 sebagai contoh manakala jumlahnya pula penulis tambahkan 500 untuk setiap hari.

4. Pada kolum D masukkan Tarikh dan kolum E pula masukkan Jumlah. Di bawah
Tarikh letakkan 1/1/2009 dan 2/1/2009 manakala di bawah Jumlah pula letakkan 1000 dan 1500.

5. Anda highlightkan 1/1/2009, 2/1/2009, 1000 dan 1500 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.

6. Siap.

Cara ini sangat efisien untuk digunakan di dalam sesuatu yang berturutan terutamanya tarikh, bulan, nombor dan sesuatu yang statik bilangannya.

Nah, kini anda sudah menyiapkan kerja² mengisi data dengan lebih cepat. Anda juga lebih cekap selain menjimatkan masa. Sebarang pertanyaan, sila ajukan di bahagian komen.

2 Comment

iEn Sat Oct 24, 12:29:00 PM

mmg baguih untuk dak2 baru nak belajor database hehe

Eriyza Sun Oct 25, 11:00:00 PM

iEn : Sekadar bekongsi ilmu jer.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.