Oct 3, 2009

Masukkan Lagu Ke Dalam Blog


Soalan ini sudah lama diajukan oleh My Mummy's Dobi dan REZUAN+FAIZA NOR = NUR UMAIRAH di bahagian komen topik muatturun lagu dari imeem. Penulis hampir terlupa untuk menunaikan permintaan mereka yang ingin mengetahui cara² untuk meletakkan lagu di blog. Kali ini penulis akan menggunakan lagu dari 4Shared kerana laman ini menyediakan kemudahan untuk mengambil kod lagu dan boleh juga dimuatturun.



1. Masuk ke laman sesawang 4Shared. Cari lagu yang anda kehendaki. Klik pada lagu tersebut. Di bahagian Share, pilih kod yang berada di dalam kotak Embed. Salin semua kod tersebut.

Contoh kod :-

<embed src="http://www.4shared.com/embed/25262980/ee6e8708" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always" height="250" width="450"></embed>
Jika anda tidak mahu saiz kotak lagu tersebut terlalu besar, anda perlu mengubah kod yang berwarna merah iaitu height 250 kepada 20 dan width 450 kepada 250.

Hasilnya :-


2. Seterusnya, tampal kod tersebut di dalam tab Edit HTML di dalam New Post anda.

3. Preview dan publish post jika berpuashati.

Itu sahaja. Ianya mudah dan ringkas.

28 Comment

Naz Sun Oct 04, 04:00:00 AM

simple gak cara ni... tq cik Eriyza...

Eriyza Sun Oct 04, 03:12:00 PM

Naz : Sesama Encek Nazz.

Nyetok Wed Oct 07, 11:34:00 AM

aku pon guna cara yang sama gak. tapi kadang2 kalo masuk byk lagu, blog lambat load

Eriyza Thu Oct 08, 11:50:00 AM

Nyetok : Aha, hal biasa laa tuh.

Anonymous

MACAM MANA NAK JADIKAN LAGU NI AUTOMATIK PLAY BILA BUKA BLOG?

Eriyza Sun Oct 25, 11:31:00 PM

FAIZAL : Kena guna playlist lain untuk auto play tp ramai org x suka blog yg ada lagu auto.

Naz Mon Oct 26, 11:00:00 AM

setuju dengan Eriyza... pasal blog akan jd berat pasal nak mainkan autoplay lagu.biarkan saja visitors yg klik sendiri play button kalau mereka nak dengar... :)

Eriyza Mon Oct 26, 11:25:00 AM

Naz : Thanx. :)

cahaya mataku Sat Dec 19, 03:12:00 AM

salam..nak tanye sket...camne nak masukkan cam music player kat blog kite 2 ek? n camne nak masukkan lagu dalam player tu?

Eriyza Sat Dec 19, 01:26:00 PM

cahaya mataku : Anda boleh membuat playlist muzik di Mixpod atau Myflashfetish.

Unknown Mon Jan 17, 01:16:00 AM

Bagoih no.... pakcik ni baru lagi bukannya reti sangat tapi nak buat juga blog sebab meniaga lagi pula zaman dah berubah kan....saya berterima kasih pada cek ni...
kalau senang nanti tolong tengok2kan blog pakcik ya bagi nasihat .....

Eriyza Mon Jan 17, 11:26:00 AM

@johari
Caiyolah Pakcik sbb mengikuti
arus masa kini. Semoga sukses! :)

Kurast Mon Jan 17, 09:41:00 PM

salam..nakk bertanya, playlist ape yg sesuai nak jadikan lagu ni autoplay bile blog dibuka...sya faham risikonya, tapi sya nak tau gak..sape2 kengkwan bole bantu

Eriyza Mon Jan 17, 11:30:00 PM

@Kurast
Wsalam...
Anda boleh cuba buat playlist anda di Mixpod

Scha Maddi Thu Sep 01, 12:45:00 PM

thax... mmg mmbantu .. i like :)

Eriyza Fri Sep 02, 12:48:00 AM

@cacha
Sesama. :)

zaifullah Mon Oct 24, 09:12:00 AM

maseh ek..

Eriyza Tue Oct 25, 01:07:00 PM

@zaifullah:
Sesama.

Araa Eiykin Wed Dec 14, 04:13:00 AM

terima kasih.. :) cara yg mudah n senang

Eriyza Wed Dec 14, 11:15:00 AM

@Araa Eiykin:
Sama-sama. :)

Nur Aqilah Thu Dec 29, 04:05:00 PM

macammana...nk kna doeload 4-share k???

Eriyza Thu Dec 29, 10:32:00 PM

@Nur Aqilah:
Tak perlu download, cuma letak embed kodnya saja, nanti pengunjung anda boleh tekan butang play.

sentuhan kasih@sentuhan nyawa Sun Jul 01, 03:27:00 AM

thnks..membntu ye

Eriyza Sun Jul 01, 12:11:00 PM

@sentuhan kasih@sentuhan nyawa:
Sesama. :)

Unknown Fri Dec 14, 01:26:00 AM

thanks a lot .
byk mmbantu sye sbagai new blogger :)

Eriyza Sat Dec 15, 10:04:00 AM

@yattiezacks zackaria:

No hal.

Unknown Fri Jan 18, 09:13:00 PM

kunjungi blog saya dan ikut cik erizya zheninjasboys.blogspot.com

Unknown Thu Jul 03, 12:03:00 PM

Asalammualaikum terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ...

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.