Nov 23, 2009

Teknik Gambar Kolaj Dengan Shape Collage


Anda pernah membuat bentuk kolaj untuk gambar² anda?? Jika belum pernah, anda boleh mencuba teknik kolaj ini. Suka penulis ingatkan teknik kolaj amat sesuai untuk diaplikasikan pada sejumlah gambar yang banyak. Lagi banyak gambar yang anda masukkan, lagi menarik gambar kolaj anda.


Teknik kolaj yang ingin penulis perkenalkan ini mempunyai dua versi iaitu di dalam talian dan juga dimuatturun ke komputer. Untuk membuat kolaj di dalam talian, anda cuma perlu membuka laman sesawang Shape Collage dan letakkan alamat pautan laman sesawang yang mempunyai gambar di Step 1. Anda boleh memasukkan beberapa pautan sekaligus dengan hanya meletakkannya satu persatu. Seterusnya, pilih bentuk kolaj yang anda mahu di Step 2. Akhir sekali, klik Create di Step 3.

Bagi mendapatkan teknik kolaj yang lebih banyak, penulis menggalakkan anda memuatturun Shape Collage ke dalam komputer anda. Anda boleh merujuk video di bawah untuk gambaran jelas cara menggunakannya.



Selamat mencuba. Anda pasti seronok mengolah gambar dengan kolaj. Perisian ini percuma, anda boleh menggunakannya dengan senang hati.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.