Dec 1, 2009

Blogspot Memperkenalkan Takrifan Terjemahan


Satu lagi penambahan fungsi yang hebat dimasukkan ke dalam Blogspot. Kali ini ia menambah Define / Translate untuk mencambahkan lagi keseronokkan berblog. Anda boleh melihat fungsi ini jika menggunakan Blogger In Draft.



Gunakan mod Compose, ikon ini terletak paling hujung. Anda cuma perlu highlight perkataan yang ingin ditukarkan maksudnya dan klik pada ikon tersebut. Ia terbahagi kepada dua tab iaitu Define dan Translate. Define maksudnya lebih kurang dengan mencari takrifan untuk sesuatu perkataan lain. Ia juga berkait rapat dengan perkataan sinonim. Translate pula bermakna terjemahan untuk perkataan yang kita cari.

Selain menulis bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, apa salahnya anda selitkan pula ayat berbahasa Itali, Filipina dan sebagainya. Rakan² anda pasti akan bangga kerana menyangka anda fasih berbahasa asing.

Blogspot, ti amo. ♥

Via : Blogger in Draft

2 Comment

ezany Wed Dec 02, 02:50:00 PM

aiyo.. kena tulis skema la kalau nak guna ni..

Eriyza Fri Dec 04, 10:56:00 AM

ezany : Sekali sekala tulis ayat formal plak.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.