Dec 2, 2009

Enjin Pencarian ImHalal


Mutakhir ini ramai orang yang gemar mencari bahan tidak bermoral di internet. Untuk itu, warga kerja dari AZS Media Group LTD telah membangunkan enjin pencarian bercirikan Islam khusus buat muslim sejagat. Pujian wajar diberikan buat semua warganya.



Enjin pencarian I'mHalal ini dilengkapi beberapa penapis untuk menapis kandungan seperti pornografi, kartun Nabi Muhammad atau apa pun yang mungkin haram menurut Syariah. Jika anda mencari maklumat tentang sesuatu yang dianggap kurang bagus, keluar mesej seperti di bawah sebagai peringatan.

Warning!

Your search query contains terms with a Haram level of 2 out of 3.
That means that the search results could contain Haram content.

Are you sure you want to continue to the search results?


Bahan kandungan yang dianggap haram mempunyai 3 tahap. Mungkin pendekatan memeranginya berbeza² mengikut tahap yang telah diklasifikasikan.

Namun begitu, pencarian untuk gambar masih belum dapat dikekang sepenuhnya dan satu mesej amaran diberikan seperti berikut :-

Our image filter is still in early beta and we cannot garantee the safety of the image results. Are you sure you want to search for images?


Mungkin akan muncul gambar seksi jika anda menggunakannya untuk tujuan itu. Jadi, tekan papan kekunci, tanya iman. Berterima kasihlah kepada saudara seagama yang berusaha menjulang tinggi syiar Islam.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.