Mar 13, 2010

Blogspot Memperkenalkan Template Designer


Blogspot maju setapak lagi. Selepas memperkenalkan satu persatu fungsi yang menarik, kini ia menambah satu lagi perkhidmatan baru iaitu template designer. Nak tahu apa bagusnya perkhidmatan ini?


Seperti biasa, anda kena login melalui Blogger in Draft.


Pilih Layout - Template Designer. Anda akan dihidangkan dengan 15 jenis template yang didatangkan di dalam empat pakej iaitu Simple, Picture Window, Awesome Inc. dan Watermark.


Di bahagian kiri, anda dapat melihat beberapa peralatan tertentu. Di bahagian Template, pilih satu daripadanya. Bahagian Background pula anda boleh memilih warna kegemaran sendiri. Untuk Layout pula, ia terbahagi kepada 3:-

Body layout - Pilih kolum template sama ada 1, 2 atau 3 kolum.
Footer layout - Pilih kolum footer sama ada 1, 2 atau 3 kolum.
Adjust width - Pilih saiz entire blog, left sidebar dan right sidebar.


Di bahagian Advanced pula, anda boleh mengubahsuai apa sahaja di Page Text, Backgrounds, Links, Blog Title, Tabs Text, Tabs Background, Date Header, Post, Post Footer, Gadgets, Footer, Footer Links dan Add CSS.

Setelah anda berpuashati dengan semua pengeditan yang telah anda lakukan, tekan butang APPLY BLOG di bahagian atas sebelah kanan. Kalau mahu melihat blog yang sudah siap dimekap, tekan saja View Blog. Untuk penerangan lebih jelas, lihat video di bawah.


Seperkara yang penulis sangat suka dengan fungsi terbaru ini ialah, kita boleh melihat prebiunya secara langsung tanpa perlu dibuka di tab baru. Menarikkan?? Penulis sudah mencubanya, anda bila lagi??

Via : Blogger in Draft

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.