Mar 18, 2010

Semak Grammar Dengan Paper Rater


Katakanlah anda ingin menyemak essei berbahasa Inggeris yang telah anda ambil dari laman lain tetapi anda malas hendak menyemaknya di Microsoft Word, maka anda bolehlah menggunakan web Paper Rater untuk berbuat demikian. Ianya boleh digunakan secara terus tanpa pendaftaran.


Anda cuma perlu klik butang Use Now Free. Isikan maklumat di bahagian Analyze Your Paper seperti tajuk dan isi essei. Pilih kategori yang betul di Select the type of paper you are submitting. Tandakan kotak I have read and agree to the terms of service below. Akhir sekali klik Get Report.

Seterusnya anda akan dibawa ke beberapa menu seperti Originality / Plagiarism Detection, Spelling, Grammar, Word Choice, Style dan Vocabulary Words. Perkataan yang bergaris merah bermaksud kesalahan ejaan, bergaris hijau bermakna grammar yang mungkin kurang tepat dan bergaris biru pula cadangan perkataan yang lebih sesuai. Untuk maklumat lanjut, cubalah sendiri di web Paper Rater.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.