Apr 3, 2010

Coklat Rokok


Ketika zaman kanak² ribena dahulu, penulis pernah melihat coklat (coklat atau gula²) rokok ini. Penulis menggelarkannya coklat rokok kerana ianya dibuat menyerupai rokok malah dibungkus di dalam kotak seumpama rokok juga. Malah nama yang tertera di kotak itu juga seperti rokok iaitu Pally (Pall Mall), Kemt (Kent), Marlbovo (Marlboro) dan lain² lagi. Ketika itu, coklat ini berperanan seperti chewing gum yang hanya boleh dikunyah tetapi tidak boleh ditelan. Tidak lama kemudian, ianya seperti diharamkan (tidak pasti) kerana ianya tiada lagi di pasaran.

Baru² ini ketika penulis ke sebuah kedai runcit di Chukai, penulis ternampak coklat rokok dipamerkan di atas rak. Setelah sekian lama, coklat ini muncul kembali. Namun penulis tidak mengesyorkan coklat rokok ini dijual di pasaran kerana ia semacam menggalakkan kanak² 'merokok' walaupun ia sekadar coklat. Umum mengetahui kanak² adalah golongan yang mudah terpengaruh. Mereka bermula dengan coklat rokok tetapi akhirnya menjadi perokok. Penulis membangkang sekeras²nya pengeluaran dan penjualan coklat rokok. Anda pula bagaimana??

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.