Apr 1, 2010

Soal Dan Jawab Di Formspring



Sekejap rasanya masa berlalu. Kini kita sudah berada di bulan April. Ada yang sambut April Fool ke? Jangan memperbodohkan bulan April seperti budaya barat, kalau sambut hari bersejarah bolehlah diraikan. Sebelum penulis terus merapu, sebenarnya penulis hendak memberitahu bahawa penulis sudah berdaftar di laman Formspring.


Anda tidak tahu apa itu Formspring? Ia adalah web yang membolehkan anda berinteraksi dengan orang lain melalui soalan dan jawapan. Justeru, sudi²kanlah untuk bertanya soalan kepada penulis, InsyaAllah penulis akan menjawabnya jika mampu. Jangan pula anda bertanyakan soalan cepu emas, payahlah penulis hendak memberi maklumbalas. Sila ke Formspring Eriyza untuk memberi soalan dan menerima jawapan.

Kalau anda juga ingin mempunyai laman seumpama ini, daftar sahaja di Formspring. Laman ini juga boleh diintegrasikan bersama² Tumblr, Blogger, Facebook dan Twitter. Jika anda ingin meletakkan widgetnya di blog, pergi ke Settings dan pilih Widgets. Salin dan tampal sahaja kodnya di dalam blog anda. Untuk mencari rakan² anda yang lain, klik sahaja Find People. Taip nama mereka dan tekan Search. Cubalah sendiri untuk mengetahui fungsi²nya yang lain.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.