Aug 20, 2010

Ramadhan Mat Jo




Anda kenal Mat Jo?? Eh, bukan adik-beradik Joe Jambul tetapi ia adalah siri animasi terbaru yang disiarkan khusus untuk bulan Ramadhan. Ia mengisahkan tentang dua orang budak lelaki iaitu Mat dan Jo yang menjalani ibadah puasa dengan pelbagai ragam. Cerita ini juga menerapkan kisah tauladan dari zaman Rasulullah sebagai pengajaran.

Setelah beberapa kali menontonnya, penulis beranggapan cerita ini sesuai untuk semua golongan. Jika anda mempunyai waktu terluang seawal jam 9.30 pagi, bukalah tv1 untuk menontonnya dari Isnin hingga Khamis. Pasti ada penonton yang membandingkan cerita ini dengan animasi tersohor Upin dan Ipin. Hakikatnya Upin dan Ipin lebih ringan jalan ceritanya manakala Mat Jo pula penuh moral dan mesej tersirat.

Hari ini baru 10 Ramadhan, bermakna masih berbaki 20 episod untuk ditonton. Ayuh, kita menonton animasi ini sama-sama.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.