Aug 18, 2010

Mee Rebus Terengganu


Foto Ehsan : http://nalzarinar.blogspot.com/

Sudah seminggu kita berpuasa. Tentu pelbagai juadah lazat sudah anda nikmati sama ada disediakan sendiri atau dibeli di Bazar Ramadhan. Hari ini penulis menyediakan mee rebus ala Terengganu untuk berbuka puasa. Sayangnya adinda bongsu tidak dapat menjamahnya kerana telah pulang ke Puchong awal pagi tadi.

Ini adalah cubaan pertama penulis memasak mee rebus dan hasilnya memberangsangkan. Untuk itu, penulis ingin berkongsi resipinya dengan kalian. Mee rebus Terengganu berwarna kelabu tidak seperti mee rebus lain yang berkuah merah.

Bahan²

5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Mee kuning (celur dan tos)
Isi Ayam (potong kecil)
Sotong @ udang
Bunga kobis
Sawi
Cili merah (hiris serong)
Cili padi (hiris kecil)
Air
Minyak
Garam
Gula
Perasa
Telur

Cara²

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Masukkan daging ayam berserta sotong atau udang.
Masukkan air, garam, gula dan perasa sehingga mendidih.
Pecahkan telur sehingga berbungkus.
Masukkan mee dan sayur.

Sewaktu dihidang, anda boleh menambah serbuk lada putih dan sos cili. Boleh juga diperah sedikit limau nipis. Lagi pedas, lagi best. Selamat mencuba.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.