Jan 26, 2011

Buat Email Palsu Di MyTrashMail


Katakanlah anda mahu mendaftar di web yang baru anda temui tetapi anda tidak tahu web tersebut bagus atau tidak, adalah tidak berbaloi jika anda menggunakan email tetap anda. Justeru, anda disarankan untuk menggunakan email tipu sementara untuk tujuan tersebut.


Penulis paling suka menggunakan MyTrashMail kerana kita boleh memilih username yang kita mahu. Sebagai contoh, email anda akan beralamat seperti eriyza@mailmetrash.com

Anda cuma perlu mengisi data ringkas di bahagian Temporary Email. Masukkan username di bahagian Email Account. Tandakan kotak remember me jika anda mahu menggunakan email tersebut berulangkali. Akhir sekali klik Get Email.

Selain itu, anda juga boleh mendaftar email tetap. Pilihan terpulang pada anda. Untuk email sementara, sila semak Active / Inactive Email Domains bagi mengetahui status terkini domain yang digunakan.

Ia juga boleh dintegrasikan bersama toolbar Google di Firefox anda. Menarikkan?? Ada banyak lagi fungsinya yang menarik. Terokai sendiri.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.