Jan 27, 2011

Gmail Melancarkan Email Notis Desktop


Kebanyakan bloggers profesional menggunakan Gmail sebagai email peribadi mereka. Justeru, pihak Gmail telah memasukkan fungsi baru ke dalam menu email mereka bertujuan untuk memudahkan para pengguna mereka yang setia. Mereka baru saja melancarkan notis HTML5 desktop yang memaparkan pop-up setiap kali mesej chat atau email yang baru tiba.


Untuk menggunakan notis pop-up ini, anda perlu mengubahnya di bahagian Settings.

1. Login ke Gmail.

2. Klik Settings.

3. Di bahagian Desktop Notifications, tandakan pada dua kotak berikut :-

>> Chat notifications on
>> New mail notifications on - Notify me when any new message arrives in my inbox


4. Save Changes.

Buat masa kini, notis ini hanya disokong oleh browser Chrome. Ia akan diaplikasikan pada browser lain pada masa akan datang. Anda tidak perlu lagi bersusah payah menyemak jika email baru masuk kerana satu pop-up akan keluar di sudut bawah kanan sebagai pemberitahuan.

Via : Gmailblog

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.