Usai menonton rancangan Adik²ku separuh akhir semalam, penulis melayan pula Anugerah Sukan Negara yang dipancarkan secara langsung dari Hotel Mandarin. Seperti jangkaan penulis, Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol Ann David mengungguli kategori Olaragawan Negara dan Olahragawati Negara 2010. Prestasi mereka cukup hebat sehingga mudah mengenepikan lawan masing².
Prestasi Nicol di arena skuasy antarabangsa tidak perlu dipertikaikan lagi apatah lagi Ratu Skuasy Dunia ini sering konsisten di dalam setiap acara yang disertainya. Ini adalah anugerah ketujuh buat Nicol sekaligus mencatat rekod sebagai atlit wanita yang paling banyak menerima anugerah berprestij ini. Nicol meraih emas di Sukan Asia dan gangsa di Kejohanan Berpasukan Dunia di New Zealand.
Jaguh Keirin Dunia yang berasal dari Dungun pula memenangi anugerah buat kali kedua dan turut tersenarai sebagai atlit berbasikal pertama yang mengulangi kejayaannya. Pemilihan Azizul pastinya akan mengubat kekecewaannya yang tidak dapat beraksi pada Kejohanan Trek Dunia pada bulan ini berikutan kecederaan yang belum pulih. Azizul berada di ranking pertama dalam acara keirin pada siri Piala Trek Dunia serta menggondol pingat emas Sukan Asia di Guangzhou.
Azizulhasni Awang : Facebook | Blog
Datuk Nicol Ann David : Facebook | Blog
©Eriyza : Tahniah sekali lagi buat Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol Ann David. Semoga kejayaan kalian menjadi pembakar semangat buat remaja lain di luar sana.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.