Mar 25, 2011

Facebook Membenarkan Tag Nama Pada Komen


Kalau dulu, nama rakan di Facebook hanya boleh ditag pada status yang kita buat sahaja. Jika kita menyebut namanya di komen pula, tiada apa² tag akan berlaku. Akan tetapi, kali ini ianya juga sudah boleh ditag di bahagian komen. Penulis kira ianya satu pembaharuan yang bagus kerana kita dapat menyebut satu persatu nama rakan yang memberikan respon pada pos kita sekaligus rakan² yang lain dapat melihat profail mereka dengan lebih mudah melalui pautan yang tersedia.


Rasanya sudah ramai pengguna Facebook yang dapat menggunakan fungsi ini. Sekiranya anda tidak mahu nama anda yang ditag di komen dihantar ke email, anda boleh mengikuti cara² berikut :-


Account >> Account Settings >> Notifications >> Facebook - mentions you in a comment - buang tanda ✔ dalam kotak >> Save changes.

Info @Eriyza :-

Jika anda pengguna baru Facebook, tentu tidak tahu cara hendak membuat tag nama. Caranya adalah meletakkan tanda @ dihadapan nickname orang tersebut.

Contoh : @Eriyza Qistina.

Mudah sajakan?? Selamat mencuba.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.