Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Oct 12, 2012

Facebook Membenarkan Emotikon Pada Komen


Hari ini, Mark Zuckerberg membenarkan para pengguna Facebook menggunakan emotikon pada komen yang ditulis oleh mereka. Maka, ramailah warga Facebook yang mula menggunapakainya dengan meluas. Namun, emotikon ini hanya berfungsi pada komen dan bukannya pada status yang anda tulis.

Feb 26, 2012

Rupa Social Network Zaman Dahulu


Nenek moyang kita dahulu tidak sempat menikmati teknologi maklumat secanggih yang kita semua gunakan sekarang. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah agaknya rupa antaramuka Social Network yang akan mereka buat sekiranya sudah wujud Internet di zaman itu??

Dec 31, 2011

Pengguna Facebook Malaysia Melebihi 12 Juta


Dalam kepesatan pertumbuhan pelbagai jenis laman sosial baru, Facebook masih terus gah dalam kelasnya yang tersendiri. Ini terbukti dengan pertambahan penggunanya setiap hari. Malaysia menduduki tempat ke-17 di dalam senarai pengguna Facebook yang paling ramai di dunia.

Dec 20, 2011

Facebook Memperkenalkan Timeline

PAPARAN DI BAHAGIAN HEADER FACEBOOK TIMELINE

Mulai 22 Disember ini, semua pengguna Facebook akan menikmati paparan baru yang lebih dikenali sebagai Timeline pada laman sosial mereka. Dalam bahasa mudahnya Timeline bermakna kronologi profil Facebook sejak anda mula mendaftar sehinggalah status terkini anda. Penulis hanya akan menulis secara ringkas tentang topik ini kerana anda boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan Timeline kelak.


Aug 28, 2011

Nama Lain Butang Like Facebook Mengikut Pilihan Bahasa


Kebiasaannya kita hanya melihat perkataan Like untuk memberikan sokongan kepada status atau gambar yang dipaparkan oleh rakan² kita di wall Facebook mereka. Perkataan ini diterjemahkan mengikut pilihan bahasa yang anda pilih di akaun masing².

Jul 11, 2011

Facebook Memperkenalkan Panggilan Video


Kalau sebelum ini anda hanya boleh chat di Facebook, kini anda boleh membuat panggilan video kepada si dia yang tersayang mahu pun rakan taulan anda. Perkhidmatan terbaru ini dibawa oleh Facebook dengan kerjasama Skype, medium penggunaan panggilan video yang telah lama bertapak.

May 9, 2011

Cara Memadamkan Group Facebook


Sebelum ini penulis pernah membuat sebuah group khusus untuk peminat drama Taiwan berjudul Huan Zhu Ge Ge di Facebook. Akan tetapi group itu bersawang tanpa sebarang kemaskini terbaru daripada penulis. Justeru, penulis memutuskan untuk memadamkan sahaja group tersebut. Biar penulis ajar anda cara² untuk memadamkan sesebuah group.

May 7, 2011

Facebook Membenarkan Tag Nama Ringkas


Buat anda yang gemar mengetag nama rakan² di Facebook, kini ada khabar baru lagi. Selepas membenarkan nama rakan ditag di komen, Facebook membenarkan pula anda mengetag nama rakan anda secara ringkas. Jelas tak penyampaian penulis?? Masih tak faham??

Apr 24, 2011

Kad Kahwin Zed Zaidi Ala Facebook


Dramatis Rozaidi Abdul Jamil atau lebih popular sebagai Zed Zaidi bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hatinya iaitu Natalia Mustafa Kamal pada penghujung April ini. Bukan kisah cinta mereka yang ingin penulis paparkan tetapi keunikan kad walimahnya. Nak tengok??

Apr 1, 2011

Facebook Menambah Fungsi Question



Adakah anda perasan bahawa di bahagian Share pada Facebook anda terdapat satu lagi menu yang baru ditambah iaitu Question. Sesuai dengan namanya, ia membolehkan anda mengemukakan soalan berserta pilihan jawapan kepada rakan² anda. Alah, seumpama anda membuat soalan di Poll.

Mar 25, 2011

Facebook Membenarkan Tag Nama Pada Komen


Kalau dulu, nama rakan di Facebook hanya boleh ditag pada status yang kita buat sahaja. Jika kita menyebut namanya di komen pula, tiada apa² tag akan berlaku. Akan tetapi, kali ini ianya juga sudah boleh ditag di bahagian komen. Penulis kira ianya satu pembaharuan yang bagus kerana kita dapat menyebut satu persatu nama rakan yang memberikan respon pada pos kita sekaligus rakan² yang lain dapat melihat profail mereka dengan lebih mudah melalui pautan yang tersedia.

Mar 7, 2011

Tukar Facebook Ke Akhbar Di PostPost


Anda mahu melihat wall Facebook anda dalam bentuk akhbar?? Tentu menarik jika wall anda yang dipenuhi gambar, video dan link disusun seperti artikel suratkhabar, bukan??

Feb 12, 2011

Facebook Memperkenalkan Profail Fan Page Baru


Setelah facebook memperkenalkan profail baru awal Disember lalu, kini mereka melakukan hal yang sama ke atas fan page. Antaramuka baru fan page ini juga lebih kurang sama dengan profail yang dikemaskini. Jika anda mempunyai akaun peribadi dan fan page di Facebook, anda boleh memilih untuk menetapkan mana² akaun sebagai akaun utama.

Jan 10, 2011

Chat Facebook Di Yahoo Messenger 11


Sudah agak lama penulis tidak bercerita tentang Yahoo Messenger di blog ini. Bagi kaki² chat di Facebook yang masih aktif menggunakan Yahoo Messenger, ini berita baik untuk anda. Versi terbaru Yahoo Messenger 11 Beta kini berintegrasi dengan Facebook. Dengan kata lain, anda dapat berchatting dengan rakan Facebook anda hanya melalui Yahoo Messenger.

Dec 6, 2010

Facebook Memperkenalkan Profail Baru

Klik gambar untuk ke Facebook Aman Firdaus

Laman sosial tersohor ketika ini iaitu Facebook terus menambahbaik lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan antaramuka Profail terbaru. Antara perubahan yang dilakukan ialah informasi pemilik akaun berada di atas di bahagian tengah malah ditulis seperti karangan. Gambar senarai rakan lebih besar dari dahulu.

Nov 29, 2010

Memasang Live Stream Shoutbox Facebook


Semakin ramai bloggers memasang live stream atau lebih dikenali sebagai shoutbox Facebook di dalam blog masing². Penulis andaikan anda juga teringin meletakkannya tetapi tidak tahu cara²nya. Jom kita buat.

Nov 26, 2010

Kongsi Poll Bergambar Di Facebook


Mahu membuat poll yang boleh diinteraksikan bersama Facebook?? Yeah, anda sudah berada di topik yang betul untuk merealisasikankannya. Poll ini bukan sahaja berfungsi di Facebook malah anda boleh menggunakan gambar sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

Nov 23, 2010

Kongsi Video Dari Facebook Di Blog


Kita sedia maklum ramai orang memuatnaik video ke Facebook mutakhir ini. Justeru, mungkin ada di antara video² tersebut ingin anda kongsi bersama pembaca blog anda. Akan tetapi, buat masa ini Facebook tidak menyediakan perkhidmatan embed video tersebut. Jadi, bagaimana hendak mengambilnya?? Jangan risau, penulis akan memberitahu anda cara mencurinya mengambilnya.

Nov 7, 2010

Buat Kata Nama Facebook


Belum pernah membuat kata nama (username) untuk akaun Facebook anda?? Masih menggunakan profil asal yang diberi oleh Facebook?? Misalnya seperti rakan penulis yang menggunakan profil http://www.facebook.com/profile.php?id=1079817216. Tentu agak sukar untuk diingati, bukan?? Sebenarnya anda boleh memilih kata nama yang lebih ringkas seperti penulis iaitu http://www.facebook.com/eriyza. Padat dan hebat.

Nov 6, 2010

Hantar Mesej Berjadual Ke Facebook Dengan Later Bro


Ada pesanan penting hendak disampaikan kepada rakan² anda esok tetapi anda tidak dapat menggunakan Facebook?? Anda boleh membuat mesej berjadual yang boleh ditetapkan masa dan harinya. Anda cuma perlu mendaftar sebelum memakai perkhidmatan tersebut.