Jun 30, 2011

Guna Google Font Dalam Blog


Sudah lama Google mengeluarkan font (tulisan) sendiri dan penulis juga menggunakannya di blog ini (mungkin sudah bertukar ke tulisan lain ketika anda membaca topik ini). Jadi, kali ini penulis ingin mengajar anda cara² untuk menggunakan font ini untuk digunakan di dalam blog anda.

1. Anda masuk ke laman web Google Web Font Directory.


2. Pilih font kegemaran anda. Penulis memilih font Cherry Cream Soda. Seterusnya klik pada Use this font.

3. Anda salin kod yang diberi. Seterusnya pergi ke Dashboard Blog - Design - Edit HTML - Download Full Template. Cari kod <head> dan tampal kod tadi di bawahnya.

Harus diingat, anda perlu meletakkan tanda / (slash) di akhir kod untuk membolehkan ianya berfungsi. Ini kod asal yang diberi.

<link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Cherry+Cream+Soda&v1' rel='stylesheet' type='text/css'>
Anda perlu menambah tanda / seperti contoh di bawah.

<link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Cherry+Cream+Soda&v1' rel='stylesheet' type='text/css'/>
4. Save template.

5. Seterusnya, cuba ubah font di blog anda. Kita gunakan blog pos sebagai eksperimen. Anda cari .post-body { dan tambah kod ini di bawahnya.

.post-body {
font-family: 'Cherry Cream Soda', arial, serif;

6. Preview dan Save template jika anda berpuashati.

Mudah sajakan?? Anda boleh menambah seberapa banyak font yang anda mahu dan menukarnya di tajuk blog, sidebar atau mana² saja yang anda kehendaki. Selamat mencuba.

Via : Blogger Buster
Iklan : CWSN dilaporkan hilang pada 29 Jun 2011 / 27 Rejab 1432.

2 Comment

aliza Wed Jul 27, 12:46:00 AM

akak suka.. ayat gramatis tapi dalam berbahasa bukan di dalam berbahasa kerana buka tatabahasa dewan aa.. di dalam untuk yang ada ruang dik.. he hee kuliah sikit sambil komen

Eriyza Wed Jul 27, 10:48:00 AM

@aimaniman
Terima kasih atas teguran, amatlah dihargai. Lain kali tegur lagi kalau masih ada kesilapan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.