Jun 14, 2011

Sesuatu Yang Berbeza


Anda pernah dengar lagu ini?? Ya, kalau anda peminat drama bersiri Nora Elena, pastinya lagu ini tidak asing menerjah gegendang telinga. Penulis tidak pernah mengikuti drama tersebut tetapi lagu temanya ini dipos oleh seseorang di Facebook dan penulis tertarik dengan liriknya.

Ramai yang bertanya kemana menghilangnya penulis sehingga blog ini tidak dikemaskini selama setengah bulan. Penulis masih berada di laman maya ini tetapi tiada mood untuk menulis. Terlalu banyak urusan yang perlu penulis selesaikan di dunia realiti. Maaf, penulis tidak mahu berkisah tentang misi yang telah penulis tempuhi. Biarlah ia kekal menjadi rahsia buat diri sendiri. Terima kasih kerana cakna pada penulis. ☺

Hati ini masih berbelah bagi, antara mahu meneruskan pengembaraan atau berhenti di kala kaki sudah diatur sejauh ini, penulis hanya mampu berserah. Cuma, doakan agar penulis membuat keputusan yang bakal memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Buat insan² yang mengerti, aku selalu sayang pada kamu. ♥



Sesuatu Yang Berbeza - Sofazr

Ada sesuatu yang berbeza
Saat ku lihat senyum manismu
Ada sesuatu yang tak bisaku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini

Mungkin ini semua hanyalah perasaan
Yang singgah dan pergi meninggalkanku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cintaku

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini

©Eriyza : Mungkin blog ini akan kembali menjadi blog peribadi sepertimana motif kewujudannya dulu iaitu berfungsi sebagai diari kehidupan seorang anak gadis yang hidupnya penuh dengan peraturan.

2 Comment

Farhana Jafri Wed Jun 15, 12:00:00 PM

xprnah tgk lg cite nora elena tu.. xd tv.. dok hostel je.. nk bukak tonton tenet plak xlaju.. tp klau lagu sofazr, cnfirm best cs i'm one of their fans! hik3.. jgn la stop mnulis.. hilang2 boleh tp klau stop terus mcm xbest je..

jemput singgah ANASAURUS :)

Eriyza Wed Jun 15, 02:26:00 PM

@Farhana Jafri
Bukan nak berenti menulis tetapi nak kembali berceloteh hal² peribadi di blog ni. Terima kasih kerana singgah ke sini.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.