Aug 16, 2011

Puisi Dari Pembaca


Sewaktu penulis membaca email tadi, ada satu puisi dihantar oleh seorang pembaca yang penulis kira mahu diabadikan di blog puisi milik penulis. Mungkin pembaca tersebut tidak tahu bahawa blog yang bernaung di bawah Geocities itu sudah lama pupus. Sebagai penghargaan kepada sheaixora yang mengolah puisi dengan puitis, penulis paparkan karyanya di blog ini.


Bila hati mula bicara
Segalanya tercipta
Bila hati mula terluka
Segalanya terluka….

Airmata…
Hanya dikau peneman setia
Sepi…
Mencengkam jiwa
Menggamit malam Menjadi kelam…

Cinta..
Indah bercerita
Mengecam jiwa Dikala terluka
Cinta…
Bicara pada ku
Andai engkau terus menyinta…

Hati…
Sering terluka
Mencipta duka
Hati….
Mudah terguris dikala terhiris
Sekeping hati Sehalus suci…

Sayang…
Adakah aku terus terbayang
Dalam khayalan
Mencipta kebahgian…
Susah diungkap bicara cinta
Hanya hati mampu meneka
Hati yang ikhlas terus menyinta…

Bahagia…
Kemari dikau mencari aku
Hanya aku bersama cintaku
Akan kekal terus bersatu…

Penulis Asal : sheaixora

©Eriyza : Sudah lama tidak mengarang puisi, mungkin bakat yang ada sudah semakin terendam. Penulis rindu untuk berkarya seperti dahulu.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.