Dec 27, 2011

Abbie King Seiras Anak Patung Barbie


Sekali pandang, si cilik ini seakan-akan patung Barbie. Bukan kerana wajahnya sahaja tetapi susuk tubuh badannya yang kecil turut mengiyakan kenyataan itu. Abbie King, anak kecil yang dilahirkan pada 12 Februari 2009 mengalami sindrom russel-silver yang membantutkan pertumbuhan fizikalnya. Meskipun sudah berusia hampir 3 tahun tetapi dia kelihatan seperti bayi berusia 6 bulan. Abbie masih menggunakan barangan bayi dengan ukuran pakaiannya untuk usia 0 - 3 atau 3 - 6 bulan.

Seperti kanak-kanak normal lain, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan membuang barang mainannya di merata tempat. Abbie mempunyai rambut perang, mata biru besar dan senyuman nakal dianggap 'sempurna' oleh keluarganya di sebalik kekurangan yang ada.


Ibunya yang berusia 30 tahun, Emma Smith berkata Abbie seorang anak yang nakal. Dia gemar menyorok dan agak sukar untuk mencarinya. Abbie gemar duduk di bawah sinki di bilik mandi, di dalam almari dapur dan juga masuk ke dalam mesin basuh.


Abbie hidup ceria di samping bapanya yang juga seorang petani iaitu David King, 34, abang berusia 6 tahun iaitu Josh dan juga ibunya. Kedua² orang tuanya pasti akan menjaga 'permata' yang unik ini dengan penuh kasih sayang.

©Eriyza : Mereka melabelkan Abbie sama seperti watak Thumbelina, kisah rakyat dongeng popular mereka tetapi penulis lebih senang melihat Abbie dalam bentuk Barbie versi manusia biasa.


Via : Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.