Dec 26, 2011

Hakisan Tanah Di Pantai Teluk Lipat

IMG_5929-16

Baru minggu lepas penulis sekeluarga bersiar-siar di Dungun. Di kala itu, penulis memandu pada kelajuan 40kms di sepanjang Pantai Teluk Lipat sehingga ke Pantai Teluk Gadong. Penulis memerhatikan ombak rindu laut agak tinggi menghempas ke pantai dan tembok penghadang. Bunyi ombak kedengaran kuat dari kebiasaan dan angin kencang cukup untuk membuatkan tubuh kesejukan.

Semalam, ada rakan² memaklumkan berlaku hakisan tanah yang agak teruk di sekitar Pantai Teluk Lipat sehingga mengakibatkan jalan raya pecah dan runtuh. Mujurlah tiada kemalangan jiwa dan harta benda dilaporkan. Kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah IMTIAZ dan Taman Selera ini dikatakan berlaku pada malam 24 Disember 2011.


KEADAAN PANTAI SELEPAS HAKISAN PADA 25/12/2011


SUASANA SEKITAR PANTAI TELUK LIPAT PADA 26/12/2011

IMG_5911-10
IMG_5894-5
IMG_5892-4
IMG_5885-1

UPDATE 27/12/2011

Petang tadi, penulis sekeluarga telah ke tempat kejadian. Luluh hati melihat Pantai Teluk Lipat yang selama ini cukup indah dipandang dipenuhi dengan timbunan tar, batuan laut dan pasir garam yang berselerakan. Pepohon ru yang dulunya berdiri megah kini tersungkur di dada bumi. Terbit rasa gerun melihat kemusnahan yang terjadi di hadapan mata. Betapa agungnya kuasa Allah, dalam sekelip mata semuanya musnah binasa.

Sebahagian jalanraya tertimbus terus, yang tinggal hanyalah lubang² besar sebagai petanda bahawa kuasa alam sedang memberi pengajaran. Manakan tidak, pantai dan perlakuan sumbang saling berkait rapat. Barangkali ombak dan pantai sudah hilang kesabaran melihat maksiat yang berlanjutan. Sedarlah wahai insan, dunia sudah terlalu tua untuk kalian terus bergelumang dosa. Marilah kembali ke jalan yang lurus selagi jasad masih bernyawa.

©Eriyza : Cukup takut melihat fenomena seperti ini. Pelakuan maksiat berleluasa, pemimpin tengok saja, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Photo | Via : Alriscitra

6 Comment

N'dninety Thu Dec 29, 01:55:00 AM

mmg dasyat..moga krjn ambik tindakan segera utk elak kejadian yg lebih buruk berlaku.kpd pguna jlnraya, berhati2.Amaran dr Maha Pencipta utk umat manusia.Moga kita sentiasa dlm lindunganNya.

Eriyza Thu Dec 29, 10:38:00 AM

@N'dninety:
Proses membaikpulih mungkin akan mengambil masa yg agak lama krn kerosakannya sgt teruk. Sesungguhnya Allah telah memberi peringatan agar manusia segera sedar dari kelalaian.

ilhamkomputer Fri Dec 30, 07:12:00 PM

Belanja / kos untuk baik pulih jalan dan pantai menelan belanja kira2 RM160 juta kata Ahli Parlimen Dungun Datuk Matulidi Jusoh.

Eriyza Fri Dec 30, 07:49:00 PM

@ilhamkomputer:
Aha, kemusnahan seteruk ini sudah pasti menelan kos yg cukup besar. Cuma, diharapkan pelaksanaannya dilakukan mengikut prosedur yg betul agar kes seperti stadium Sultan Mizan tidak berulang. Kontraktor jgn fikir laba saja, keselamatan org awam lebih penting.

onie che ani Mon Jan 07, 05:45:00 AM

Teringat zaman di kampus dungun...takut tgk ombak yg mhempas pantai tatkala musim angin kuat...nk g ke tepian pantai pon takut...uitm dungun bba mktg 2004-2006.

onie che ani Mon Jan 07, 05:46:00 AM

Teringat zaman di kampus dungun...takut tgk ombak yg mhempas pantai tatkala musim angin kuat...nk g ke tepian pantai pon takut...uitm dungun bba mktg 2004-2006.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.