Dec 17, 2011

Amie Sofea Juara Solehah 2011


Program Solehah sudah pun melabuhkan tirainya pada 16/12/2011. Tahniah kepada Amie Sofea yang telah dipilih sebagai juara bagi musim pertama Solehah 2011. Secara jujurnya, penulis tidak pernah menonton rancangan ini cuma baru semalam melihat episod akhirnya.


Juara menerima hadiah kereta PROTON Saga FLX SE tajaan PROTON Edar Sdn Bhd; wang tunai RM30,000 dan trofi.


Tempat kedua dimenangi Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, dengan hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi.


Tempat ketiga menjadi milik Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, yang menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.


UCAPAN RINGKAS DARI JUARA SOLEHAH, AMIE SOFEA

©Eriyza : Semoga Amie Sofea dapat meneruskan usaha dakwah menerusi pelbagai medium terkini asalkan maksud untuk mengajak muda mudi kembali kepada Islam tercapai.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.