Dec 16, 2011

Perkahwinan Gay Ariff Alfian Dan Jonathan


Ariff Alfian Rosli adalah pelajar tajaan Petronas, Malaysia di University College Dublin (UCD), Dublin, Ireland yang mengambil jurusan perubatan. Ariff Alfian terputus hubungan dengan keluarganya sejak 2009. Bapanya, Rosli Haron, menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya.


Muncul seorang wanita di Twitter, Aysha Ridzuan, mendakwa bahawa Ariff Alfian Rosli telah pun melangsungkan perkahwinan sesama jantina atau lebih dikenali perkahwinan gay di Dublin, Ireland. Beberapa keping gambar turut disertakan sebagai bukti sekaligus menjadikan Ariff Alfian dan pasangannya yang hanya dikenali sebagai Jonathan, topik paling panas lagi berapi di Facebook.





Kecaman dan kutukan ditulis di sana sini apabila Ariff Alfian dengan bangganya mengenakan sepersalinan baju Melayu lengkap dengan tengkolok ketika meraikan hari perkahwinannya sedangkan berkahwin sesama jenis adalah dilarang keras di dalam Islam. Ariff Alfian merupakan rakyat Malaysia pertama yang berkahwin sesama jantina yang pernah dilaporkan setakat ini.

©Eriyza : Jika berita perkahwinan gay antara Ariff dan Jonathan adalah benar, maka tindakan tertentu perlu difikirkan oleh keluarganya dan kerajaan Malaysia bagi memulihkan semula akidahnya. Andaikata cerita ini fitnah, permohonan maaf penulis dahulukan buat semua yang terlibat. Jadikan kes ini sebagai iktibar bahawa kita sedang berada di hujung zaman.

Via : Thekubekokse | Utusan Malaysia | Wikipedia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.