Dec 20, 2011

Facebook Memperkenalkan Timeline

PAPARAN DI BAHAGIAN HEADER FACEBOOK TIMELINE

Mulai 22 Disember ini, semua pengguna Facebook akan menikmati paparan baru yang lebih dikenali sebagai Timeline pada laman sosial mereka. Dalam bahasa mudahnya Timeline bermakna kronologi profil Facebook sejak anda mula mendaftar sehinggalah status terkini anda. Penulis hanya akan menulis secara ringkas tentang topik ini kerana anda boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan Timeline kelak.


Facebook Timeline mula diumumkan pada penghujung September 2011 lalu. Ketika itu, hanya pengguna tertentu yang telah mencubanya dan memberikan pelbagai maklumbalas awal sebelum menukarnya semula ke profil lama. Namun, sejak 8 Disember lalu, pengguna yang pernah mencuba Timeline telah bertukar profil mereka secara automatik dan tidak boleh dipinda lagi.

PAPARAN DI BAHAGIAN POST FACEBOOK TIMELINE

Pelbagai reaksi berbeza yang penulis dapat dari rakan² yang telah menggunapakai Timeline ini. Ada yang LIKE, tidak kurang juga UNLIKE. Paling lawak, ada yang risau status lama pos mereka yang nakal, sinis atau mungkin berbaur maki hamun suatu masa dahulu diketahui umum. Pada penulis, jika anda memanfaatkan Facebook untuk perkongsian yang baik, maka tidak perlu menggelabah.

Setakat topik ini ditulis, jam 1.50 petang bersamaan 20 Disember 2011, hanya seramai 91 orang sahabat di Facebook penulis yang sudah bertukar kepada Timeline. Selebihnya mungkin seperti penulis, menunggu profil mereka bertukar secara automatik Khamis ini.

Jika anda sudah tidak sabar² lagi untuk bertukar ke Timeline, anda boleh berbuat demikian dengan menekan butang Get Timeline.

©Eriyza : Oleh kerana penulis sendiri belum mencuba Facebook Timeline, maka penulis terpaksa meminjam profil seorang kenalan, Wan Muhd Ali, untuk topik kali ini. Penulis merakamkan setinggi² ucapan terima kasih kepada beliau untuk keizinan yang telah diberi.

Via | Kredit : Facebook Blog | Wan Muhd Ali

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.