Dec 3, 2011

Gol Nazmi Faiz Ketujuh Terbaik Di Dunia


Nama Nazmi Mansor mula meniti dari bibir ke bibir peminat bola tampar bola sepak tempatan sejak kelibatnya diturunkan dalam Sukan Sea ke 26 di Indonesia. Auranya terus memekar apabila dia berjaya menyempurnakan gol cantik dari jarak 30 meter ketika Malaysia menentang Bahrain 27 November lalu. Tuah terus menyebelahinya apabila jaringan gol yang dihasilkannya menduduki tempat ke 7 dalam senarai gol terbaik dunia untuk minggu ini seperti yang disenaraikan oleh laman web tersohor, 101greatgoals.

Remaja berusia 17 tahun ini turut diberi jolokan KAKA Malaysia kerana corak permainan yang ditunjukkannya. Berikut penulis paparkan biodata Nazmi Faiz dan video gol yang dijaringkannya.


Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1994
Tempat Lahir: Lembah Keramat, Kuala Lumpur
Tinggi: 167cm
Posisi: Pemain Tengah
Kelab: Harimau Muda B
Website : Nazmi Faiz Mansor


'SENTUHAN AJAIB' KAKI KIRI NAZMI FAIZ

KEPUTUSAN PENUH GOL TERBAIK DUNIA


1. Kevin Prince Boateng (AC Milan v Barcelona, November 23, 2011)

2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda v Smederevo, November 23, 2011)

3. Yohann Eudeline (2) (Sedan v Laval, November 25, 2011)

4. Dylan McGeouch (Celtic v St Mirren, November 26, 2011)

5. Jan Schlaudraff (Hannover v Hamburg, November 26, 2011)

6. Salif Hanifi (Saida v Kabylie, November 26, 2011)

7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia U23 v Bahrain U23, November 27, 2011)

8. Tim Brown (Wellington Pheonix v Sydney CF, November 27, 2011)

9. Inigo Martinez (Real Sociedad v Real Betis, November 27, 2011)

10. Damian Alvarez (Tigres v Pachuca, November 27, 2011)


©Eriyza : Kelebihan Nazmi Faiz adalah dia boleh merembat bola dengan kedua² kakinya dengan baik. Jika prestasi bagusnya berterusan, dia pasti boleh menjaringkan lebih banyak lagi gol cantik seperti Mohammad Hardi Jaafar. Satu hal yang tidak enak dicerna, setiap kali pemain bola sepak negara menghasilkan gol cantik, pasti kita kalah dalam perlawanan tersebut.

Via : Sinar Harian | 101greatgoals

2 Comment

Unknown Sat Mar 31, 02:52:00 PM

nazmi faiz memang seorg yg hebat semasa bermain...buktinya, golnya disenarai sbg gol ke7 terbaik dunia...teruskan usaha nazmi....

Eriyza Sat Mar 31, 11:18:00 PM

@liyana unang:
Yeah, semoga Nazmi terus maju jaya.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.