Teka-teki mengenai status 'hubungan matang' yang dicanang oleh pasangan selebriti sensasi, Yusry dan Lisa Surihani terjawab sudah. Berlokasi di Marriott Hotel Resort & Spa, pasangan ini mengesahkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Majlis ‘Pengumuman Istimewa' itu turut merangkumi tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka secara eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari tahun depan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Di dalam majlis tersebut, Yusry turut mengakui bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.
Yusry yang ditemani ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak pula mengulas lanjut tentang hak penyiaran majlis perkahwinan mereka yang diuar²kan telah diserahkan kepada pihak Astro.
Pasangan sejoli itu mahukan majlis perkahwinan yang ‘simple but elegant’ turut mengalu²kan penajaan dari mana² pihak. Mereka saling mengenali hati budi masing² menerusi Blackberry Messenger (BBM) dan menjadi serius sejak awal perkenalan mereka.
Lisa yang hadir bersama ibunya, Siti Amira Ahmad berkata perbualan mereka hanya berkisar mengenai kerjaya ketika itu dan Yusry tidak pula menunjukkan tanda² ingin mengorat.
Ditanya media mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada Lisa yang berjaya memikat hatinya, Yusry memberitahu bahawa bakal isterinya itu sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kerjaya dan mereka saling mencintai antara satu sama lain.
©Eriyza : Selamat Hari Lahir buat adinda lelaki kesayangan. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan isteri yang solehah. Amin.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.