11 Oktober 2011, anggota polis dari Miami, Fausto Lopez telah memandu melebihi had laju untuk berkejar ke tempat kerja sambilannya sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Dia memandu dengan laju sambil menukar lorong sesuka hati di kawasan had laju yang hanya dibenarkan 120mph. Justeru, peronda lebuhraya, D.J. Watts telah mengejarnya kerana menyangka kereta polis itu telah dilarikan oleh perompak. Sebaik kereta tersebut berhenti, polis Florida telah mengacukan pistolnya ke arah polis Miami yang disangka penjenayah. Apa terjadi seterusnya?? Anda saksikan sendiri.
AKSI POLIS FLORIDA MENANGKAP POLIS MIAMI
KEJADIAN INI DILAPORKAN DALAM BERITA
RAKAMAN PENUH DARI DASHCAM
Anda rasa senario semacam ini ada berlaku di Malaysia tak?? Polis harus ingat, mereka juga tertakluk di bawah undang-undang, tidak boleh berbuat sesuatu sesuka hati atas tiket 'polis dan pakaian seragam'. Kerja itu satu ibadah, kena jalankan dengan amanah.
Antara dialog polis Florida yang penulis suka :-
1. You know what you are to me?? You are a criminal!
2. You scared me to crap! I thought that car... that police car... was stolen!
©Eriyza : Cukup bangga melihat polis wanita itu menjalankan tanggungjawabnya dengan berani. Sekalung tahniah untuk Officer D.J Watts.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.