Dec 5, 2011

Perkahwinan Erni Dekritawati Yuliana


Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih dikenali sebagai Rita akhirnya menjadi kekasih halal kepada Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, setelah setahun menjalin cinta.

Anak sulung jutawan kosmetik, allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya ini menikahi Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, di Taman Harmonis, Gombak. Pasangan sejoli ini sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz setelah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid As Syaarif, Mohamed Embong dan berwalikan bapa Rita, Buhari Mohamed, 62.

Pengantin perempuan menerima hantaran sebanyak RM30,000 berserta 9 dulang hantaran berbalas 11. Pasangan ini diraikan oleh 500 orang tetamu dalam majlis bertema Moroccan Islamic Garden.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.