Setiap kali menjelangnya 10 Muharram, kita digalakkan untuk berpuasa sunat Muharram atau lebih dikenali sebagai puasa sunat Asyura bagi memperingati peristiwa Nabi Musa dan pengikutnya yang diselamatkan oleh Allah Taala dari kekejaman Firaun. Selain 10 Muharram, kita juga dianjurkan untuk berpuasa pada 9 Muharram (5 Disember 2011) atau 11 Muharram (6 Disember 2011).
Antara fadilat puasa sunat Asyura ialah dihapuskan dosa kita pada tahun yang lalu.
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.