Dec 13, 2011

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia


Ramai di antara kita mungkin tidak mengenali Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang terawal atau mungkin juga yang sudah mangkat. Sebagai rakyat Malaysia, adalah penting untuk kita mengambil tahu sistem beraja yang diamalkan di negara ini. Ia salah satu aspek taat setia selain memupuk semangat patriotisme di dalam diri masing².

Kedudukan yang di-Pertuan Agong adalah luar biasa dibandingkan dengan raja-raja lain diseluruh dunia yang kebanyakkannya berdasarkan warisan keturunan. Yang dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih berdasarkan warisan keturunan tetapi baginda mestilah dari salah seorang daripada Raja-raja Negeri Melayu.


Sistem Giliran Yang di-Pertuan Agong

1. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
2. Sultan Selangor
3. Raja Perlis
4. Sultan Terengganu
5. Sultan Kedah
6. Sultan Kelantan
7. Sultan Pahang
8. Sultan Johor
9. Sultan Perak


Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta menerusi system monarki bergilir di kalangan Sembilan Raja-Raja Negeri Melayu. Pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong disempurnakan oleh Majlis Raja-raja . Majlis Raja-Raja terdiri daripada Raja-raja Melayu atau wakil-wakil mereka dan Yang di-Pertua –Yang diPertua Negeri, tetapi dalam pemilihan atau pemberhentian Yang di-Pertuan Agong dalam satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja. Hanya Raja-Raja atau wakil-wakil mereka sahaja yang layak hadir dan mengundi berdasarkan kemuafakatan dan persefahaman terhadap pengantinya apabila salah seorang daripada Raja-raja sudah memenuhi tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong, atau apabila berlaku sama ada kemangkatan, turun takhta atau sesuatu di luar jangkaan.

Raja Negeri yang dilantik menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong adalah memikul sepenuhnya tugas dan tanggungjawab selama lima tahun sebagai Ketua Negara berlandaskan lunas Perlembagaan Persekutuan/Perlembagaan Malaysia.

Via : Istana Negara

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.