Dec 13, 2011
Sultan Kedah Dilantik Yang Di-Pertuan Agong Ke-14
Sultan Kedah, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13.12.11 bagi menggantikan Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda merupakan Sultan Kedah yang ke-27.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Uniknya, ini kali kedua baginda menerajui Malaysia sebagai Agong kerana baginda pernah bersemayam selama 5 tahun di atas takhta kerajaan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-V bagi tempoh 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Ketika itu, Sultanah baginda ialah Tuanku Bahiyah.
Kali ini Sultan Abdul Halim akan menaiki takhta bersama Sultanah Haminah Hamidun. Baginda juga menjadi Agong tertua pernah ditabalkan iaitu berusia 84 tahun selain menjadi Sultan pertama yang ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Tahniah kepada Sultan dan Sultanah Kedah. Semoga Malaysia terus aman makmur di bawah teraju pimpinan Tuanku. Daulat Tuanku!
Date :
Tuesday, December 13, 2011
Tags :
Local Stories
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.