Penulis mulakan hari pertama di Januari ini dengan topik positif. Manusia mempunyai pelbagai cara untuk berdakwah. Usaha dakwah tidak semestinya dimonopoli oleh golongan ustaz wal ustazah saja, malah orang ramai pun boleh menyebarkan ilmu yang berguna. Berdakwah tidak semestinya terhad kepada golongan atau lokasi tertentu tetapi patut dicuba melalui pelbagai medium yang ada. Zaman internet ini, semestinya Youtube merupakan landasan yang tepat.
Penulis ingin membawa anda mengenali anak muda yang giat menyedarkan masyarakat tentang indahnya Islam. Di dalam keghairahan remaja masa kini mengejar duniawi, jangan sesekali dilupakan tentang akhirat, tempat kekal abadi.
Anak muda ini bernama Aiman Azlan. Masih menuntut di University of Toronto Mississauga, dalam bidang Biology and Psychology. Penulis 'melekat' dengan video² anak muda ini kerana penyampaiannya di dalam bahasa Inggeris, ada karektor lawak dan
KOD PAKAIAN UNTUK MUSLIMAH
JANGAN MENIPU DALAM PEPERIKSAAN
LAMARAN PERKAHWINAN
So remember... a good friend by yourside ia a great blessing ~ Aiman Azlan
Ada banyak lagi video² Aiman yang menarik untuk ditonton?? Jadi, apa kata anda mengalih minat pada video dakwah pula?? Ia pasti sangat bermanfaat.
©Azurie : Gelak, sengih, senyum dan ketawa tidak lekang dari bibir setiap kali meluangkan masa selama lima minit bersama Aiman Azlan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.