Sempena 1 Januari 2012, penulis ingin berkongsi sebuah drama bersiri yang sedang penulis tonton dan menduduki carta teratas dalam senarai drama yang paling penulis minati. Opsss! Bukan drama Melayu, drama Cina salah, drama Filipina pun tidak. Kita merantau jauh sikit tetapi masih berada di dalam kelompok Asia. Ya, tepat tekaan anda, tentulah drama Korea. Drama yang sentiasa penulis tunggu setiap minggu bertajuk Gwanggaeto, The Great Conqueror | 광개토태왕 (GTGC), sebuah drama sejarah.
Drama GTGC berkisar pada era 391–413 ketika zaman pemerintahan Maharaja Gwanggaeto di sebuah negara bernama Goguryeo. Maharaja ini digelar 'The Great' kerana kejayaannya meluaskan empayar kerajaannya bukan sahaja merangkumi negara² sekitarnya malah sehingga ke China. Goguryeo turut menjadi kuasa penting di Asia Timur.
Gwanggaeto lahir pada tahun 374 dan meninggal dunia pada tahun 413. Drama ini digarap mengikut dua smber iaitu Gwanggaeto the Great oleh Jeong Jip, dan Great Conquests of Gwanggaeto oleh Hyeong Minu.
Berikut sedikit maklumat ringkas tentang drama GTGC.
* TV Show: Gwanggaeto, The Great Conqueror / King Gwanggaeto the Great
* Revised romanization: Kwanggaeto Taehwang
* Hangul: 광개토태왕
* Director: Kim Jong-Sun
* Writer: Jo Myung-Joo, Jang Ki-Chang
* Network: KBS
* Episodes: 80 + 20 [ditambah 20 episod baru atas permintaan ramai]
* Release Date: June 4, 2011
* Runtime: Saturday & Sunday 21:40
* Language: Korean
* Country: South Korea
Barisan pelakon GTGC.
Drama GTGC ke udara setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 8.43 malam di saluran 391 Astro. Sehingga topik ini ditulis, penulis sudah menonton sebanyak 53 episod. Ini bermakna separuh ceritanya sudah ditonton oleh masyarakat dunia.
Penulis bawakan Episod 1 Gwanggaeto The Great Conqueror untuk anda.
GWANGGAETO THE GREAT CONQUEROR - EPISOD 01 PART 1/4
GWANGGAETO THE GREAT CONQUEROR - EPISOD 01 PART 2/4
GWANGGAETO THE GREAT CONQUEROR - EPISOD 01 PART 3/4
GWANGGAETO THE GREAT CONQUEROR - EPISOD 01 PART 4/4
Pasti anda tertanya² mengapa penulis mengiktiraf drama ini antara yang terbaik dan berbaloi untuk ditonton?? Drama ini dibarisi pelakon yang mantap terutamanya watak utamanya, Lee Tae Gon yang membawa peranan sebagai Putera Mahkota Damdeok / Maharaja Gwanggaeto. Anda akan terbawa² dengan perasaan geram ketika dia menjerit marah malah mampu merasai pilu ketika airmatanya laju menuruni pipi. Aktor dan aktres lain juga memainkan warna-warni watak masing² dengan begitu berkesan sekali. Bayangkan, anda boleh menghafal nama² pengikutnya malah akan terasa kosong bila watak itu 'hilang'.
Drama ini banyak mainan emosi dan penulis fikir mereka begitu bekerja keras untuk menjayakan peranan mengikut skrip. Anda akan dibawa menyelami indahnya persahabatan, pedihnya dikhianati, kawan bertukar lawan, perang yang berlanjutan, pengorbanan demi rakyat dan kehilangan ahli keluarga demi negara.
Kehebatan Lee Tae Gon terbukti membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Best Male Actor in Long Term Drama dalam anugerah berprestij 2011 KBS Drama Awards.
Jangan khuatir jika anda terlepas episod pertama dan seterusnya kerana anda boleh memuatturun drama GTGC di Mediafiremovie dan sarikata di Asia Sub.
©Azurie : Lee Tae Gon aka Crown Prince Damdeok... I simply love him. To be exact, I just admire him. He’s a very talented man. His personality is what attracts me the most. Therefore, I can say he gain his popularity mainly because of his talents, not his look.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.