Dec 23, 2011

Tiga Selebriti Bergelar Datuk


Sekian lama berteka-teki mengenai status Datuk yang diterimanya, akhirnya kemarau gossip itu berakhir kelmarin. Selebriti AC Mizal (Mizal Zaini) telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Gelaran itu diberi sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar .

AC menyandang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn. Bhd. menyifatkan gelaran itu hadiah hari tua lahir yang sangat bermakna buatnya. Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah selebriti Eizlan Yusof (Idris Md. Yusof) yang juga Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd. dan penyanyi serta perunding motivasi, Ahmad Fadzli Yaakob selaku Pengarah Suajaya Mahir (M) Sdn. Bhd.

Majlis disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang. Tahniah kepada ketiga² Datuk.

©Eriyza : Lebih suka Aznil Nawawi sebagai pengacara berbanding Datuk AC. Tertanya-tanya mengapa tiga beradik KRU atau mungkin Norman tidak diberi sebarang kurnia?? Bukankah kejayaan mereka dalam pelbagai cabang industri hiburan belum cukup gah untuk diiktiraf??


Via : Kosmo

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.