Dec 23, 2011

Filem Tempatan Bebas Dari LPF Mulai 2012


What?? Itu reaksi awal penulis apabila membaca berita ini. Dalam keghairahan pembuat filem menerbitkan filem pelbagai genre untuk menarik penonton ke pawagam, manakan mungkin ia dibiarkan bebas tanpa akta penapisan yang ketat?? Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak boleh 'mencuci tangan' begitu sahaja. Lantas, apa gunanya lagi kewujudan LPF jika tiada fungsi??

Faham² sendirilah kalau kuasa mutlak untuk mengeluarkan filem Malaysia terletak di tangan penggiat filem, maka semakin banyaklah adegan panas lagi melecur bakal memenuhi ruang dalam filem. Mungkin filem yang selama ini tidak diluluskan tayangannya atas faktor tertentu bakal tersiar tahun 2012 nanti.

Penulis membangkang sekeras-kerasnya proses menapis filem diberi secara total kepada pembikin filem. Tidakkah anda mengambil iktibar dari filem² yang pernah mencetuskan kontroversi seperti Hantu Bonceng, Dalam Botol, Ombak Rindu dan lain² lagi?? Bukankah semua filem² ini menjalani proses 'x-ray' di LPF tetapi mengapa masih ada adegan yang mengundang kemarahan penonton??

Penyakit sosial sudah cukup banyak melanda anak muda Malaysia. Janganlah kalian menambah lagi statistik berkhalwat, berzina, membuang anak dan lain² lagi. Kes² seumpama ini sudah kronik, tidak tertanggung lagi oleh Malaysia.

©Eriyza : Pihak berwajib perlu memandang serius perkara ini. Jangan biarkan Malaysia menjadi lubuk filem bebas. Kami tidak mahu menonton 'aksi filem Hollywood' dalam produk Malaywood.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.