Dec 22, 2011

Veil Pengantin Terpanjang Di Dunia


Manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Demi menempa nama di dalam rekod dunia, pelbagai cara dibuat. Begitu juga dengan kisah perkahwinan Elena De Angelis yang mengahwini Ferdinand Pucci telah memilih untuk mencipta rekod dengan membuat veil pengantin yang paling panjang di dunia. Anda mahu tahu berapa panjang veilnya??



Bukan 10 meter, bukan juga 100 meter tetapi sepanjang 3 kilometer. Ya, 3 kilometer dan veil itu harus dipegang oleh beratus² penduduk kampung Casal di Princice, Naples, Itali untuk merealisasikan impian pengantin itu.


Veil ini direka oleh Gianni Molaro dan diiktiraf sebagai veil pengantin paling panjang oleh Guinness Book of Records.


Penduduk berkumpul di sekitar laluan kereta pengantin untuk melihat veil pengantin yang unik sambil memegang veil yang merentangi jalan.

©Eriyza : Mahu buat tudung paling panjang di dunia ketika bernikah nanti. Boleh tak??

Via : Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.