Mulai Julai tahun 2012, rakyat Malaysia dapat menggunakan matawang kertas baru. Pelancaran rekabentuk baru wang kertas tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi, matawang RM50 telah lama memasuki pasaran. Wang syiling baru yang telah diuar²kan pada Julai lalu akan mula diedarkan pada Januari 2012.
Pengeluaran wang kertas baru agak berwarna-warni tetapi penulis berharap kualitinya juga bagus. Tidak cepat rosak sepertimana wang kertas RM5 yang mudah terkoyak. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, wang RM5 paling banyak penulis terima dalam keadaan 'tubuh badannya' di tampal pita selofan.
Dalam masa yang masa, Bank Negara Malaysia menerbitkan semula not RM20 setelah ianya dimansuhkan pada tahun 1995. Ketika itu, not RM20 berwarna coklat dan penulis berkesempatan 'berkenalan dan beramah mesra' dengannya. Not RM20 terkini diberi warna kuning keemasan (nampak macam jingga) dan mempunyai simbol 2 ekor penyu karah dan belimbing di bahagian belakangnya.
Penulis menyambut baik 'kembalinya' not RM20 ke dalam pasaran matawang Malaysia kerana harga barang sekarang tidak lagi murah sama seperti ia dihapuskan 16 tahun lalu. Jadi, ini masa yang sesuai untuk RM20 muncul semula. Sama²lah kita nantikan ringgit malaysia baru pada Julai 2012.
©Eriyza : Tidak sabar hendak menggunakan not RM20. Not RM500 bila pula hendak diterbitkan semula?? Penulis fikir barangan yang berharga ribuan ringgit patut dibeli dengan menggunakan not RM500.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.