Jan 5, 2012

4 Generasi Sambut Hari Lahir Pada 4 Januari


Apakah ada di kalangan anda yang mempunyai tarikh lahir sama dengan ahli keluarga yang lain?? Jika ya, maka anda tentu gembira kerana dapat meraikan hari lahir dengan insan kesayangan anda. Misalnya, penulis mempunyai tarikh lahir yang sama dengan arwah bonda. Penulis merasakan ia suratan yang cukup unik dan bukan kebetulan yang tiada makna. Selain penulis, ramai lagi manusia lain di luar sana yang mempunyai tarikh lahir sama dengan ahli keluarga mereka. Antaranya ialah Julia Gonyer.

Uniknya tarikh lahir Julia bukan sahaja sama dengan ayahnya, Richard Stiff, malah dua orang lagi ahli keluarganya turut berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 4 Januari. Antaranya ialah mendiang datuknya, Marshall Stiff dan juga anaknya, Kourtney Gonyer.


Berikut ialah tarikh lahir mereka :-

4 Januari 1924 - Marshall Stiff
4 Januari 1947 - Richard Stiff
4 Januari 1978 - Julia Gonyer
4 Januari 2011 - Kourtney Gonyer


Empat generasi ini lahir pada tarikh yang sama dengan cara yang natural, bermakna tiada pemilihan tarikh sengaja dibuat untuk proses kelahiran. Seperkara lagi yang menarik, Richard, Julia dan Kourtney masing² merupakan anak sulung.

©Azurie : Ada sepupu yang turut menyambut hari lahir pada 4 Januari. Selamat hari tua!

Via : Dailymail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.