Jan 5, 2012

Ally Iskandar Disisi Farah Lee


Khabar angin bertiup kencang dari sebelah pantai barat terus ke pantai timur kononnya, personaliti tersohor TV3, Ally Iskandar bakal menamatkan zaman bujangnya pada tanggal 20.01.2012 dengan gadis bernama Farah Lee. Berita ini dikuatkan lagi dengan dakwaan bahawa Ally telah pun mengundang rakan sekerjanya di TV3 melalui jemputan mulut sahaja.

Sehingga topik 'pengumuman tarikh nikah' mereka ini penulis uar²kan, Ally mahu pun Farah masih tidak memberikan sebarang reaksi. Mereka membiarkan teka-teki ini berterusan sehingga diberitahu kelak.


ALLY ISKANDAR TIDAK MENGIYAKAN KISAH MEREKA


FARAH LEE TIDAK PULA MENIDAKKAN CERITA MEREKA



Farah Lee atau nama sebenarnya NUR FARAHIN BINTI ROMLI dilahirkan pada 12/3/1989 dan masih menuntut dalam Tahun 3 jurusan Mechanical Engineering di Universiti Inha, Korea Selatan. ALLY ISKANDAR BIN MOHD MARDZI pula menjengah dunia pada 13/1/1976. Dia memiliki ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem dari University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.


GADIS INI JUGA BERBAKAT BERMAIN GITAR


FARAH LEE MERUPAKAN ANAK ANGKAT KELUARGA ZIZAN


FARAH LEE JUGA TINGGAL DI TERENGGANU SEPERTI ALLY ISKANDAR

Sama ada kisah pernikahan mereka ini bakal menjadi realiti atau sekadar omongan kosong, sama²lah kita nantikan. Pada penulis, pasangan ini sudah nampak sepadan. Namun, Allah jualah penentu jodoh mereka. Penulis hanya mendoakan yang terbaik buat Ally Iskandar dan juga si gadis comel lote, Farah Lee.

©Azurie : Pada mulanya penulis menyangka Farah Lee seorang mualaf kerana di awal kemunculannya, dia dikatakan menuntut di Korea Selatan. Tambahan pula, raut wajahnya persis orang Korea selain namanya yang dieja Farah Lee (Lee biasanya merujuk kepada surname orang Korea. Contohnya : Lee Hong-ki, Lee Jae-jin). Maafkan akak ye, Farah Lee.


Photo : Farah Lee Facebook

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.