Jan 29, 2012

Hafiz Menang Anugerah Juara Lagu 26


Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) baru sahaja berakhir. Setelah usai pengiraan markah dari para juri professional, maka keputusan muktamad telah diumumkan. Produk kelahiran Akademi Fantasia 7, Hafiz yang mengalunkan lagu Awan Nano ciptaan komposer Dato' M. Nasir dan lirik yang ditulis oleh Budi Hikayat, telah dinobatkan sebagai pemenang. Paduan 3 Suara penyanyi wanita Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang membawa lagu Beribu Sesalan pula menggungguli naib juara. Faizal Tahir meraih tempat ketiga menerusi lagu Karma.

AJL26 yang disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil dihoskan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad. Terasa sedikit janggal apabila kelibat pengacara kecil berbakat besar, Ally Iskandar tiada bersama berikutan masih dalam mood pengantin baru.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori :-



TEMPAT PERTAMA - WANG TUNAI RM35,000 + TROFI
AWAN NANO - HAFIZ

TEMPAT KEDUA - WANG TUNAI RM15,000 + TROFI
BERIBU SESALAN - NING BAIZURA, JACLYN VICTOR, SHILA AMZAH


TEMPAT KETIGA - WANG TUNAI RM12,000 + TROFI
FAIZAL TAHIR - KARMA



VOKAL TERBAIK - WANG TUNAI RM10,000 + TROFI
HAFIZ - AWAN NANO

PERSEMBAHAN TERBAIK - WANG TUNAI RM10,000 + TROFI
ALYAH - KISAH HATI

JUARA MOBILE CELCOM
ANUAR ZAIN - SEDETIK LEBIH


AJL26 membawa sedikit kelainan dari segi pengiraan markah kerana semua faktor sudah diambil kira sewaktu 30 orang juri melakukan penjurian mengikut kepakaran masing².

Antara finalis lain AJL26 ialah Projek Pistol, Atilia + Monoloque, Yuna, Shohaimi Mior Hassan + Ana Raffali + Altimet, Najwa Latiff dan Aizat.

©Azurie : Tahniah kepada semua pemenang. Tengok Hafiz, terus teringat pada Johan yang suka melantunkan lagu Awan Nano dengan penambahan nano yang berulang². Dan begitulah awan nano... nano nano nano..... nano nano nano.......


Via : TV3

2 Comment

amir Mon Jan 30, 12:01:00 AM

thniah

Eriyza Mon Jan 30, 12:45:00 AM

@amir:
Terima kasih ["_"] (tolong jwb bg pihak Hafiz)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.