Jan 21, 2012

Pelajar IPTS Ditahan Mengugut PM


Belum pun reda kes pelajar USM mengancam PM, muncul pula seorang penuntut perempuan IPTS dari Kedah yang menulis perkataan berbaur ancaman malah lucah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Pelajar ini lebih melampau kerana menulis perkataan tersebut secara langsung di wall Facebook Najib.

Rentetan daripada isu itu, pelajar terbabit berserta ibu bapanya telah dipanggil untuk membantu siasatan dan telah dibebaskan setelah pihak polis berpuashati dengan keterangan yang diberi. Telefon serta komputer riba penuntut berbangsa Cina yang menggunakan nama samaran PEINEE TEOH turut diambil untuk disiasat.

Ayat kontroversi yang ditulis oleh pelajar tersebut adalah seperti berikut :-


.....[lucah] najib, u naik kapal terbang, .nanti saya tembak kapal terbang awak


Kebebasan bersuara di laman sosial semakin disalahgunakan oleh pihak tertentu. Adakah anda gembira bikin provokasi kalau natijahnya meringkuk di balik tirai besi?? Jangan sengaja mencabar pemimpin negara jika tidak bersedia untuk masuk penjara.

©Azurie : Bosan dengan perangai sesetengah orang yang sengaja mencari publisiti murahan di laman sosial.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.