Thomas Keeper, mempunyai ketinggian 175 sentimeter (5 kaki 6 inci) menganggap dirinya masih rendah. Justeru, dia nekad untuk menjalani pembedahan kosmetik memanjangkan kakinya sebanyak 8 sentimeter dua tahun lalu agar dia kelihatan lebih tinggi setanding dengan lelaki² lain. Tujuan utamanya adalah untuk mencari seorang isteri.
Thomas yang juga seorang ejen hartanah memperuntukkan sebanyak 34,000 pound (RM167,259) telah dibedah oleh Dr Jean-Marc Guichet, 50, di Marseilles, Perancis.
Menurut Thomas, lelaki pendek seperti Tom Cruise dan Nicolas Sarkozy sering dipermainkan selain menerima layanan berbeza dari orang lain.
Pelaburan wang ringgitnya berbaloi apabila dia bertemu dengan Maggie di laman web mencari jodoh. Ketika itu, Thomas sudah mencapai ketinggian 183 sentimeter (5 kaki 10 inci), hanya 2 inci lebih tinggi dari Maggie, 26, yang mempunyai ketinggian 181 sentimeter (5 kaki 8 inci. Mereka akhirnya berkahwin dan telah pun menimang cahayamata sulung menjelang Krismas lalu.
©Azurie : Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, sedang² saja. Syukur dengan kurniaan Allah!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.