Jan 3, 2012

MyKad Baru Mulai 2012


Mulai Januari ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Mykad baru yang mempunyai kualiti lebih baik dan ciri² keselamatan yang dipertingkatkan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin MyKad baru ini boleh mengurangkan kadar pemalsuannya dan lebih tahan dari Mykad terdahulu.


Tambah Datuk Seri Hishamuddin lagi, kelebihan MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.


Antara ciri² MyKad baru ini ialah :-

* Mampu menangani masalah pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.

* Diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan

* Menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

* MyKad baru ini juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.


Namun, buat masa ini pengguna MyKad sedia ada tidak diwajibkan menukar kepada MyKad baru tetapi boleh berbuat demikian dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang pertama kali membuatnya.

©Azurie : Sudah ada MyKad tapi belum ada MyKid.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.