Feb 21, 2012

Adele Edwards Gemar Makan Span Sofa


Ibu kepada 5 orang cahayamata mempunyai menu makanan harian yang pelik iaitu span dari sofa. Adele Edwards, 32 tahun yang berasal dari Bradenton, Flrida didiagnosis mempunyai sindrom pica yang menyebabkan mereka menggemari makanan yang tidak boleh dimakan misalnya kapur, pemadam dan lain². Hobi memakan span sofa itu bermula sejak dia berusia 10 tahun.


VIDEO ADELE EDWARDS MAKAN SPAN DARI SOFA

Tabiat pemakanan span sofanya telah mengakibatkan Adele jatuh sakit. Dia dinasihatkan oleh doktor agar berhenti makan span atau dia akan terbunuh kerana makanan yang bersifat lembut itu. Setakat ini, Adele sudah menghadam 7 buah sofa.


Tahun lalu, Adele dikesan menambah perisa pada 'kek' span sofanya. Dia menyapu kotoran pada spannya dan mendakwa ia lebih rangup dari dimakan begitu sahaja. Adele berusaha untuk menghentikan kegemarannya memakan span sofa jika mahu hidup sihat. Namun, bukan mudah baginya untuk membuang tabiat makan span sofa yang telah diamalkan sejak 22 tahun lalu.

©Azurie : Suka makan kek span sebab lembut dan enak.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.