Feb 21, 2012

Natalie Irish Melukis Menggunakan Bibir


Natalie Irish yang datangnya dari Houston, Texas gemar melukis. Uniknya, dia tidak menggunakan berus tetapi bibirnya sendiri. Ceritanya bermula pada suatu hari apabila dia yang memakai gincu warna merah melekapkan sedikit kesan gincunya pada sekeping kertas. Dari situ, timbul ilham untuk menghasilkan lukisan berasaskan bibir. Natalie memilih ikon seksi, Marilyn Monroe sebagai model lukisan bibirnya.


Natalie mengakui melukis menggunakan bibir bukan perkara mudah kerana dia perlu mengulangi proses mencium kanvas kosong untuk tempoh masa yang lama. Matanya juga letih kerana perlu memberi tumpuan dari jarak dekat ke atas kanvas yang dilakar.


Selain gincu, Natalie turut menggunakan warna lukisan yang dicalit di bibirnya sebelum diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan yang menarik.


VIDEO NATALIE MELUKIS MARILYN MONROE


VIDEO NATALIE MELUKIS WAJAHNYA SENDIRI

©Azurie : Suka tengok lukisan potret yang cantik.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.