Seorang lelaki kehilangan ibu jari kiri tangannya ketika melakukan kerja pemotongan kayu pada penghujung Disember 2011. Usaha untuk menyambung semula ibu jari kiri telah dibuat tetapi aliran darah gagal berfungsi dengan baik dalam tempoh sebulan. Justeru, James Bryne, 30, telah membuat keputusan yang mengejutkan semua orang demi masa hadapannya nanti.
VIDEO TEMUBUAL BERSAMA JAMES BRYNE
Memikirkan kepentingan ibu jari bagi melakukan pelbagai tugasan seharian, maka James memutuskan untuk mengorbankan ibu jari kiri kakinya untuk diganti pada ibu jari kiri tangannya.
Konsultan bernama Umraz Khan di Hospital Frenchay, Bristol diberi tanggungjawab untuk membuat pembedahan unik tersebut.
Kini, selepas beberapa bulan 'memakai' ibu jari baru, James boleh menggerakkan jari tersebut dan mula menyesuaikan diri dengan jari tersebut.
Tanpa ibu jari kiri kaki, James perlu belajar menyeimbangkan diri agar tidak mudah jatuh. Pada masa yang sama, tanpa jari yang lengkap, dia tetap boleh berjalan mahu pun bersukan seperti sediakala.
Menurut James, saiz ibu jarinya yang sangat berbeza sering mengundang persoalan kepada orang lain. Dia sudah lali dengan soalan tersebut dan jawapan yang sama diberi tanpa sebarang rasa jemu. Malah anaknya, Connor yang berusia 9 tahun cukup bangga dengan kelainan jarinya dan sering menunjukkan ibu jari ayahnya kepada rakan² sepermainannya yang lain.
Banyak kerja tidak boleh dilakukan tanpa ibu jari tangan, misalnya memulas tombol pintu atau memegang pen. Atas alasan itulah James lebih rela kehilangan ibu jari kaki dengan mempunyai ibu jari tangan.
©Azurie : Tidak boleh membuat 'thumbs up' tanpa ibu jari.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.