Feb 24, 2012

Sambutan Hebat Solat Jumaat


Di sebalik kerancakan aktiviti ekonomi di Kota London, masih terdapat ramai umat Islam yang tidak melupakan tuntutan ibadat masing². Buktinya, ramai umat Islam membanjiri Masjid Brune Street di Spitalfields, East London sehingga menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa solat Jumaat di luar kawasan masjid. Bayangkan, di celah² bangunan pencakar langit, ada sekumpulan manusia yang sujud sebagai tanda mengEsakan Allah Taala. Alhamdulillah.


Sama ada penduduk tempatan atau warga asing yang bekerja di kawasan berhampiran, semuanya akan bertumpu di masjid ini ketika solat Jumaat. Masjid ini hanya boleh menempatkan 100 jemaah pada satu masa dan jemaahnya akan sentiasa melimpah keluar jalan setiap kali waktu Jumaat.

Syabas dan tahniah kepada umat Islam di Kota London yang terus utuh menjunjung Islam di dalam kehidupan seharian.

©Azurie : Selalu tengok lelaki muslim Malaysia datang lewat ke masjid.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.